Thursday, September 18, 2014

Petua & tips merawat bisul

Assalamualaikum wbt

Siapa antara kawan-kawan semua pernah kena bisul?? Auww.. sakit tu kalau kena bisul. Tambah lagi jika bisul dah mula bernanah dan bengkak. Pasti membuatkan hidup cukup sengsara dan tak senang duduk. 

Bisul selalunya terjadi akibat jangkitan kuman dan bakteria pada kulit. Ia akan membentuk benjolan di bahagian atas kulit dan sakit bila disentuh. Selalunya, bisul akan mengeluarkan 'mata' dan bernanah. Untuk kupasan lebih lanjut, jom sama-sama baca bingkisan berikut. Semoga dapat dijadikan panduan agar penyakit ini tidak berlarutan dan dapat dielakkan sedari awal.

----------------------------------------------------------------------
BISUL DAN CARA MENANGANINYA





Apa itu bisul ?

Bisul adalah jangkitan pada kulit. Biasanya berpunca daripada jangkitan liang roma kulit.  Bisul kelihatan seperti bengkakan  merah atau berisi nanah dan sakit.


Bagaimana mendapat bisul ?

Kulit terdedah kepada banyak kuman  dan terdapat kuman yang menghuni permukaan kulit tanpa menyebabkan sebarang penyakit.  Apabila berlaku luka atau tercalar pada kulit, ia akan membukakan laluan untuk kuman masuk ke dalam liang roma kulit menyebabkan jangkitan berlaku. Misalnya; kuman Staph aureus yang menyebabkan jangkitan bernanah seperti bisul.


Kenapa tak boleh dipicit?

Bisul adalah radang yang berlaku pada kulit. Radang atau inflamasi adalah peringkat awal sesuatu jangkitan. Pada peringkat ini tubuh akan bertindakbalas untuk melawan jangkitan yang berlaku secara semulajadi.Gejala yang dialami adalah rasa sakit, bengkak atau benjolan, merah serta terasa panas. Radang ini dapat diturunkan dengan rawatan yang betul dan kemungkinan ia akan sembuh tanpa berlanjutan menjadi nanah (peringkat akhir) atau pecah.

Perbuatan memicit bisul akan menyebabkan,  antaranya :
  • Kerosakkan tisu sekitaran – menjadikan kawasan radang merebak atau lebih besar serta lebih sakit
  • Jika bernanah- menyebabkan jangkitan merebak
  • Melambatkan pemulihan
  • Meningkatkan risiko parut 


Apa boleh dilakukan ?

  • Tuamkan dengan tuala yang telah direndam air suam – untuk menurunkan radang
  • Tuam panas : untuk mempercepatkan bisul  matang/ ‘mata nanah’ timbul;
  • Tuam panas : meningkatkatkan aliran darah maka lebih banyak sel-sel (respon semulajadi tubuh yang membantu menghapuskan jangkitan serta mempercepatkan pemulihan
  • Dapatkan rawatan : ubat untuk mengurangkan sakit, anti-radang atau antibiotik (jika perlu)- oral atau sapu. Bagi nanah yang telah matang berkemungkinan perlu di’belah’ untuk mengeluarkan nanah
  • Amalkan penjagaan kebersihan diri
  • Amalan gaya hidup sihat
  • Pemakanan yang seimbang


Siapa berisiko mendapat bisul ?

Semua orang mempunyai risiko mendapat jangkitan bisul. Namun risiko lebih tinggi di kalangan pesakit diabetes, anemia, kurang zat besi serta mempunyai daya ketahanan rendah (imunocompromised)



Merawat Bisul Mengikut Kaedah Tradisional
  • Ambil sedikit kapur makan / sirih dan sapukan di tempat yang ditumbuhi bisul. Lakukan selalu, Insya-Allah ia akan hilang dan sembuh.
Credit: *link*
  • Tumbuk bawang putih hingga hancur.Sapukan bawang putih ditempat yang kena bisul dan balutkan supaya bawang putih tidak jatuh. Lakukan beberapa kali hingga bisul itu hilang. 


  • Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat. Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul itu sembuh.
  • Rendam segenggam beras dan beberapa ketul kunyit hidup dengan air sejuk. Kemudian tumbuk hingga hancur. Letakkan pada bisul sehingga ia kering.



  • Asah kulit buah delima yang basah. Campurkan dengan daun lidah buaya. Sapukan pada permukaan bisul.

Credit: Sumber

------------------------------------------------------------------------------

Semua petua dan tips di atas amat mudah untuk dilakukan. Bahan-bahan pula senang didapati dan kebanyakannya ada di dapur rumah kita.

Cuma melalui pembacaan saya, penggunaan kapur sirih sedikit 'panas' dan boleh menyebabkan kulit rasa pedih. Jadi, terpulanglah kepada anda nak cuba yang mana satu. Nama pun petua tradisi. Pastinya tiada kesan sampingan di samping penggunaan sumber semulajadi yang tiada bahan kimia berbahaya.

Selamat mencuba :)



Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik